Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

`BAPA KEMERDEKAAN’ MENINGGAL DUNIA

Pada hari ini dalam tahun 1990, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 87 tahun, telah kembali ke rahmatullah semasa mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah Almarhum Tunku telah di bawa ke Bangunan Parlimen dan ditempatkan di Dewan Bankuasi bagi membolehkan para kenamaan dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Bapa Kemerdekaan ini. Jenazah Almarhum Tunku disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah. YTM Tunku Abdul Rahman diputerakan di Alor Star pada 8 Febuari 1903 dan merupakan putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah.  Almarhum merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama dari tahun 1955 dan menjadi Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.  Sesungguhnya jasa bakti dan perjuangan Almarhum Tunku terhadap negara akan terus dikenang untuk selama-lamanya.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768