Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Ahmad Bin Haji Mohammed Rashid Talu Meninggal Dunia

Pada hari ini dalam tahun 1939, Ahmad bin Haji Mohammed Rashid Talu telah meninggal dunia di Kinta, Perak ketika berusia 50 tahun. Allahyarham adalah salah seorang tokoh sasterawan Melayu yang terkenal di bidang penulisan novel. Allahyarham Ahmad bin Haji Mohammed Rashid Talu telah dilahirkan di Lumut Lane, Pulau Pinang dalam tahun 1889 dari keluarga yang berasal dari ‘Talu’-Minangkabaudi Sumatra. Allahyarham mendapat pendidikan Melayu hingga darjah tiga saja di Sekolah Chowrasta, Pulau Pinang. Ketika bekerja dengan Saiyed Sheikh Al-Hadi iatu seorang sasterawan yang terkenal, Allahyarham telah membantu dalam kerja-kerja menterjemah. Hasil daripada pengalaman-pengalaman inilah Allahyarham Ahmad bin Hj. Mohammad Rashid Talu telah berusaha menghasilkan novel-novel Melayu. Allahyarham adalah tokoh sasterawan yang pertama menggunakan unsur-unsur tempatan sebagai pokok perbincangan. Allahyarham juga menekankan tema krisis nilai akibat pertembungan kebudayaan Barat dengan kebudayaan Melayu. Ini berlainan sekali daripada karya-karya penulis sezaman dengannya yang memaparkan unsur-unsur dari negara Asia Barat. Novel pertama Allahyarham bertajuk ‘Kawan Benar’ telah diterbitkan pada tahun 1927. ‘Kawan Benar’ adalah novel Melayu yang kedua diterbitkan ketika itu. Novel Melayu yang pertama ditulis oleh Syed Sheikh Al-Hadi, bertajuk ‘Faridah Hanum’. Allahyarham Ahmad bin Hj. Mohammed Rashid Talu telah berjaya menghasilkan sebanyak sebelah buah novel. Novelnya ‘Iakah Salmah?’ adalah yang paling berjaya dan diminati kerana ia bertemakan perjuangan wanita Melayu dalam perkembangan sosial dan pelajaran.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768