Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Akhbar Cermin Malaya Diterbitkan

Pada hari ini dalam tahun 1946, Pejabat Perhubungan Raya (kemudiannya dikenali sebagai Pejabat Penerangan) di Kuala Lumpur telah menerbitkan naskah pertama akhbar harian bertulisan Jawi yang mengandungi 4 halaman. Akhbar tersebut dikenali dengan namaCermin Malaya. Akhbar Cermin Malaya ini diterbitkan bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai dasar-dasar dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris pada masa itu.Ini termasuklah dasar-dasar kerajaan dalam usaha menghapuskan, menyekat dan membasmi pengaruh komunis di Tanah Melayu, serta pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union.Akhbar Cermin Malaya memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat dan penyampai berita tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial tanahair.Walau bagaimanapun, pada bulan Disember 1948 akhbar Cermin Malaya telah diberhentikan penerbitannya dan kemudiannya telah digantikan dengan Panduan Rakyat.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768