Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Anak Negeri Pertama Mengetuai Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya

Pada hari ini dalam tahun 1968, Dr. Mohd Taib Osman seorang Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya telah dilantik sebagai Ketua Jabatan tersebut menggantikan Prof. Sutan Takdir Alisjahbana yang telah tamat kontraknya. Beliau merupakan warga Malaysia yang pertama memegang jawatan tersebut dan Ketua Jabatan yang ketiga dalam sejarah Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Sebelum ini Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti itu disandang oleh beberapa orang profesor daripada luar negeri sama ada dari barat ataupun Indonesia. Bersempena dengan perlantikannya sebagai Ketua Jabatan tersebut Dr. Taib Osman juga telah dianugerahkan pangkat Profesor Pengajian Melayu oleh pihak universiti. Prof. Taib merupakan graduan Universiti Malaya dan memperolehi ijazah Sarjana pada tahun 1961. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Indiana, Amerika Syarikat hingga mendapat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan kembali bertugas sebagai pensyarah dan juga sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya. Perlantikan Prof. Taib Osman sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu menggambarkan kebolehan anak Melayu juga setanding dengan kebolehan orang-orang luar.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768