Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Angkatan Pemuda Insaf (API) Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1946,Angkatan Pemuda Insaf atau API telah ditubuhkan di Brewster Road, Ipoh. Pengerusinya yang pertama ialah Abdullah Sani bin Tengku Kecil atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Boestamam.  API merupakan sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu terutamanya dalam tahun-tahun perjuangan menentang penjajah Inggeris.  API juga merupakan barisan yang terkuat dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang wujud dalam tahun 1945 hinggalah negara mencapai kemerdekaan.  Kewujudan API sebagai salah satu komponen yang terkuat telah menyebabkan PKMM lebih radikal dan telah menyebabkan ia mendapat perhatian dan sokongan kuat daripada rakyat umum.  Sebagai sebuah pertubuhan politik yang mendapat sokongan ramai, API telah menetapkan beberapa rangka dasar perjuangannya, antara lain ialah:

  • Menyatukan pemuda-pemuda yang insaf di dalam satu barisan;
  • Mengukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanah air;
  • Memberi latihan siasah, ekonomi dan jasmani kepada pemuda-pemuda yang bersedia menjadi pemimpin bila dikehendaki;
  • Membina semula Malaya mengikut fahaman Demokrasi sejati yang berdasarkan kedaulatan rakyat; serta
  • Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.

Pemimpin-pemimpin API adalah terdiri daripada rakyat biasa.Antaranya ialah Ahmad Boestamam, selaku Ketua API seluruh Tanah Melayu; Encik Karim Abu Bakar, Ketua Komandan API Perak; serta Encik Ghafar Baba,  Ahli Jawatankuasa API Melaka.  API merupakan sebuah pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.  Namum begitu API telah diharamkan oleh Kerajaan Inggeris secara rasmi pada 17 Julai 1947.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768