Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PESAWAT BOEING 747 MAS YANG PERTAMA TIBA

Pada hari ini dalam tahun 1982 sebuah pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) jenis Boeing 747 yang pertama telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dari Seattle, Amerika Syarikat. Pesawat ini adalah salah sebuah daripada jenis Boeing 747 yang dibeli daripada Syarikat Penerbangan British Airways dengan harga RM415 juta.  Dengan ketibaan pesawat pertama Boeing 747 ini bermakna MAS akan mula menggunakan pesawat yang lebih besar untuk penerbangan jarak jauhnya.  Sebuah lagi yang ditempah itu akan tiba dalam bulan April 1982.  Menurut pihak MAS kedua-dua pesawat Boeing 747 ini akan digunakan untuk perkhidmatan ke Sydney, Kuwait, Dubai, Paris dan London.  Pesawat yang dibeli MAS itu tiba dengan membawa 40 orang penumpang termasuk Timbalan Pengerusi MAS Datuk Sujak Sulaiman. Penumpang-penumpang lain termasuklah empat orang juruterbang dan dua orang jurutera MAS yang diberi latihan khas untuk mengendalikan pesawat tersebut.  Dengan ketibaan pesawat Boeing 747 yang pertama yang dibeli oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ini maka bermulalah era baru bagi MAS dalam penggunaan pesawat-pesawat yang lebih selesa untuk kemudahan penumpangnya.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768