Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

AWANG BATIL DAN TOK SELAMPIT TERIMA ANUGERAH

Pada hari ini dalam tahun 1983, dua orang tokoh penglipurlara, Awang Batil atau nama sebenarnya Mahmud bin Wahid (Allahyarham) dan Tok Selampit atau nama sebenarnya A. Ismail bin Hassan (Allahyarham), menerima anugerah ‘Malam Produksi Budaya Tradisi Negeri Perlis’ di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kedua-dua tokoh seni budaya tradisional berasal dari Perlis ini turut menerima wang tunai RM1,000 setiap seorang yang disampaikan oleh A. Aziz Deraman, Ketua Pengarah Kebudayaan Belia Dan Sukan. Kedua-dua tokoh ini terkenal sebagai penglipurlara di Negeri Perlis dan Kedah di tahun 30an dan 40an. Mahmud Wahid menerima gelaran Awang Batil kerana permainannya berteraskan sebuah batil yang dijadikan sebagai gendang mengiringi lagu dan ceritanya manakala A. Ismail Hassan pula menerima gelaran Tok Selampit kerana permainan seni silat, tarian dan selokanya adalah berteraskan Selampit. Seni penglipurlara tradisional ini menjadi medium menyampaikan unsur-unsur pengajaran menerusi jalan cerita secara lisan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768