Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

HADIAH-HADIAH YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Pada hari ini dalam tahun 1979,  Menteri Pelajaran, Datuk Musa Hitam yang juga Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman mengumumkan Penganugerahan Hadiah Tunku dan Pingat Tunku oleh Lembaga Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.  Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1966 dan sejak ditubuhkan Yayasan ini telah memberi bantuan kewangan seperti biasiswa dan pinjaman kepada pelajar-pelajar.  Yayasan ini menerima  sumbangan derma dari orang ramai, persatuan-persatuan dan kerajaan-kerajaan Negeri.  Kerajaan Republik Jerman Barat telah turut memberi sumbangan kepada Yayasan ini.  Pingat Tunku dan Hadiah Tunku adalah di khususkan kepada pelajar-pelajar dari Universiti-universiti tempatan.  Pingat Tunku merupakan pingat emas yang dihadiahkan kepada graduan-graduan terbaik.  Pingat emas ini dihadiahkan bersama-sama dengan wang tunai $2 ribu.  Hadiah Tunku pula merupakan hadiah wang tunai berjumlah $3 ribu setahun diberikan kepada pelajar terbaik tahun pertama di Universiti-universiti tempatan.  Pemberian Hadiah dan Pingat Tunku ini  di samping menjadi satu galakan untuk mendorong pelajar-pelajar berjaya dalam pelajaran, ia juga turut mengabadikan kenangan-kenangan kepada jasa-jasa YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768