Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

BADAN AMAL DAN KEBAJIKAN TENAGA ISTERI DITUBUHKAN

Pada hari ini dalam tahun 1977, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), ditubuhkan dengan rasminya di Sri Taman, Kuala Lumpur oleh isteri Perdana Menteri, Datin Shuhaila Tan Sri Mohd Noah. BAKTI merupakan sebuah organisasi sukarela yang ditubuhkan di atas kesedaran dan hasrat untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui penggemblengan tenaga isteri-isteri pemimpin negara. Badan amal ini diketuai oleh isteri Perdana Menteri semasa dan ahlinya terdiri daripada isteri Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri serta isteri bekas Menteri dan Timbalan Menteri. BAKTI menjalankan pelbagai program amal dan gerak kerja dengan satu matlamat untuk membantu rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Selain dari aktiviti kemanusiaan dan kebajikan, BAKTI turut menganjurkan program peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam melahirkan golongan isteri pemimpin yang berilmu, berkebolehan dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768