Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

BANGUNAN BARU INSTITUT JANTUNG NEGARA DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 2009,  Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, merasmikan Bangunan Baru Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur. Bangunan ini membuka lembaran sejarah baru dalam bidang perubatan dimana bangunan ini dilengkapi dengan Hybrid Catheterisation Operation Theatre atau nama ringkasnya 'Hybrid Cath OT' yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ini merupakan bilik pembedahan dua dalam satu yang menggabungkan makmal kardiovaskular dan bilik pembedahan jantung dalam satu bilik yang sama. Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menyokong penuh syor untuk menjadikan Institut Jantung Negara sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan disamping menjadikan IJN sebahagian daripada keluarga Kementerian Kesihatan sepanjang masa. Dengan adanya bangunan baru yang dilengkapi dengan peralatan yang moden, Institut Jantung Negara mampu meningkatkan keupayaan dalam usaha memberi rawatan terbaik kepada pesakit jantung di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768