Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Dasar Tani Negara Dibentangkan

Pada hari ini dalam tahun 1984, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Musa Hitam membentangkan Dasar Pertanian Negara (DPN) di Jabatan Perdana Menteri. Dasar Pertanian Negara bermatlamat memaksimumkan pendapatan daripada pertanian dan mempergiatkan semula sumbangan sektor itu kepada pembangunan ekonomi negara keseluruhannya. Datuk Musa Hitam berkata dasar itu akan menjadi garis panduan untuk pembangunan pertanian Malaysia sehingga tahun 2000. Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara menegaskan bahawa dasar ini akan menjelaskan kepada rakyat tentang peluang bagi mereka menyertai bidang pertanian dan mengagihkan pendapatan yang dapat membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan. Teras Dasar Pertanian Negara ialah meningkatkan produktiviti dan daya persaingan dalam pembangunan sumber-sumber baru serta penggunaan sepenuhnya sumber-sumber yang sedia ada. Datuk Musa Hitam juga menegaskan Dasar Pertanian Negara ini juga bertujuan memaksimumkan pendapatan pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran. Cara ini bukan sahaja akan mengurangkan kemiskinan di luar bandar dan memperbaiki taraf hidup rakyat tetapi juga akan mengurangkan tenaga buruh yang produktif di sektor pertanian.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768