Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

DEWAN RAKYAT MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG MENJADIKAN POLITEKNIK SEBAGAI SATU BADAN BERKANUN

Pada hari ini dalam tahun 1974, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Politeknik Ungku Omar antara lain bertujuan untuk menjadikan politeknik itu sebagai badan berkanun yang akan ditadbirkan sendiri. Rang Undang-undang itu juga membolehkan pelajar-pelajar yang mendapat kelulusan cemerlang di politeknik dapat membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya atau Institut Teknologi Kebangsaan. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga mengumumkan kemungkinan untuk mengenakan cukai pelajaran ke atas sektor perkilangan kerana sektor tersebut turut menikmati faedah daripada pelajar-pelajar sedangkan cukai pelajaran tidak dikenakan ke atas mereka. Usaha ini diberi perhatian melalui rundingan dengan lain-lain kementerian dan pihak Perbendaharaan. Pelajar-pelajar lepasan Politeknik Ungku Omar diharap dapat menunjukkan kebolehan dan kecemerlangan melalui tunjuk ajar dari tenaga-tenaga pengajar yang mahir yang terdiri dari anak-anak tempatan dan juga tenaga pengajar dari luar yang diambil melalui UNESCO.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768