Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Dewan Rakyat Meluluskan Usul Mengenai Laporan Ulangkaji Dan Persempadanan Bahagian-Bahagian Parlimen

Pada hari ini dalam tahun 1984, Dewan Rakyat telah meluluskan usul mengenai laporan ulangkaji dan persempadanan bahagian-bahagian parlimen bagi Semenanjung Malaysia. Usul ini telah diluluskan setelah dibahaskan oleh wakil-wakil parti pembangkang di Parlimen khususnya DAP.  Usul yang dibentang oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed telah disokong oleh Menteri Perusahaan Utama, YB Datuk Paul Leong. Dengan kelulusan tersebut kerusi parlimen akan bertambah dari 154 kepada 177 iaitu bertambah sebanyak 23 kerusi iaitu 19 di Semenanjung da 4 di Sabah. Tiada bertambahan bagi negeri Sarawak.  Semasa membentang usul tersebut Dato’ Seri Dr. Mahathir menyatakan bahawa penambahan kerusi tersebut adalah sesuai dengan perkembangan ekonomi dan sosial negara sekarang. Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji dengan teliti syor-syor Suruhanjaya Pilihanraya berhubung dengan ulangkaji bahagian-bahagian pilihanraya dan tidak mencadangkan apa-apa pengubahsuaian terhadapnya. Ini kerana laporan Suruhanjaya Pilihanraya telahpun lengkap dan ia sememangnya berpandukan prinsip-prinsip persempadanan yang termaktub dalam jadual ketigabelas Perlembagaan Persekutuan.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768