Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Diego Lopez De Sequira Tiba Di Melaka

Pada hari ini dalam tahun 1509, Diego Lopez De Sequeira bersama rombongan kapalnya, tiba di pelabuhan Melaka. Inilah kali pertama bangsa Eropah tiba di negeri tersebut. Kedatangan angkatan Portugis ke Melaka ini adalah berikutan dengan dasar Portugis yang ketika itu di bawah King Emanual, ingin meneruskan perang salib orang-orang Kristian ke atas orang-orang Islam di seluruh dunia disamping memperluaskan pengaruh dan takluk Portugis di dunia dan ingin memonopoli perdagangan rempah-rempah yang dikuasai oleh saudagar-saudagar Islam Arab dan India. Ketibaan rombongan Lopez De Sequeira ini disambut baik oleh pedagang-pedagang Cina namun dicurigai oleh pedagang-pedagang Islam Arab dan India. Mereka telah menasihati Bendahara untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang Portugis ini. Arahan membunuh Lopez De Sequeira dikeluarkan namun gagal setelah beliau menyedari rancangan tersebut dan meninggalkan Melaka. Bermula pada saat inilah, Portugis berusaha menawan serta merebut kota yang kaya dan berpengaruh ini dari tangan orang-orang Melaka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768