Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Feb
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

DR. MAHATHIR DIGELAR ARKITEK PUTRAJAYA

Pada hari ini dalam tahun 2003, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad diberi penghargaan sebagai Arkitek Putrajaya. Penghargaan ini diberikan oleh Putrajaya Holding Sdn. Bhd, pihak berkuasa tempatan dan pemaju Putrajaya dalam satu majlis jamuan khas yang diadakan di Hotel Shangri-La, Putrajaya. Perdana Menteri menerima penghargaan ini di atas usahanya membangunkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sehingga menjadi bandar raya taman pintar. Dimajlis yang sama, Dr. Mahathir turut diberikan dua buah buku berjudul The Making of Putrajaya: The Developers Perspective (1995-2002) dan Bridges of Putrajaya, sebagai tanda penghargaan kerana kepimpinannya serta panduan yang diberikan dalam membangunkan Putrajaya. Sesungguhnya, penghargaan ini amat bertepatan diatas usaha Dr. Mahathir yang membangunkan Putrajaya dengan penuh kreatif dan berwawasan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768