Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

DR. RAZALLI, PAKAR JANTUNG MENINGGAL DUNIA

Pada hari ini dalam tahun 1987,  Ketua Pakar Bedah di Unit Rawatan Intensif Jantung, Hospital Universiti, Dr. Razalli Hashim telah meninggal dunia dalam usia 40 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat komplikasi barah paru-paru.  Allahyarham mula berkhidmat di Hospital Universiti dalam tahun 1977 dan telah memberi sumbangan yang besar terutama dalam bidang pembedahan jantung di negara ini.  Allahyarham telah mengambil daya usaha penting menubuhkan Unit Anesthetik Jantung dan Unit Jantung Bebas di Hospital Universiti bagi menampung kos-kos penyakit jantung.  Usaha Allahyarham ini membuahkan hasil apabila pada 16 Jun 1984, Unit Rawatan Intensif Jantung yang termoden di rantau Asia Tenggara, telah ditubuhkan. Allahyarham juga telah mengetuai satu pasukan pakar bedah jantung dan berjaya melakukan pembedahan jantung ke atas seorang kanak-kanak berusia 8 tahun diikuti kejayaan melakukan pembedahan ke atas seorang bayi berusia sebulan. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar dalam bidang perubatan sakit jantung di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768