Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

DR. ZETI WANITA PERTAMA TOKOH MAAL HIJRAH

Pada hari ini dalam tahun 2010, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1432 Peringkat Kebangsaan sekali gus muncul wanita pertama menerima anugerah tersebut sejak di perkenalkan 24 tahun lalu. Penyampaian anugerah ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, pada majlis sambutan Maal Hijrah 1432, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Dr. Zeti pernah diberikan jolokan wanita paling berkuasa dalam kewangan dan berjaya mengangkat negara menjadi sebuah pusat kewangan dan perbankan Islam unggul yang mempunyai langskap kewangan komprehensif hingga menjadi rujukan dunia.  Dr. Zeti juga turut memberi ilham kepada penubuhan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) yang memberi makna kepada sejarah kewangan Islam negara dan antarabangsa. Pemilihan Dr. Zeti memecah tradisi sejarah pemberian anugerah yang mengiktiraf sumbangan cemerlang seseorang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah yang sebelum ini didominasi kaum lelaki. Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat ini, berharap agar lebih ramai wanita akan memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi sama ada sektor kerajaan mahupun swasta.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768