Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Enakmen Pasukan Polis 1343, Terengganu Diluluskan

Pada hari ini dalam tahun 1925, Enakmen Pasukan Polis 1343, Terengganu telah diluluskan dan dikuatkuasakan.Enakmen ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkait rapat dengan perkhidmatan pasukan polis. Antara yang penting ialah berhubung dengan kuasa dan tanggungan pasukan polis, tatatertib pasukan serta tatatertib am polis dan tatatertib jabatan. Perlaksanaan Enakmen ini bertujuan memperkemaskan lagi disiplin anggota polis khususnya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin Ke-3 antara tahun 1881-1910, tugas-tugas polis telah dijalankan oleh anggota Badan Pengawal atau juak-juak, yang dikenali sebagai Budak Raja. Mereka tidak diberi gaji tetapi sebaliknya menerima barang-barang keperluan yang dipanggil ‘beras pelabur’, gula dan lain-lain barang dari ketua mereka.Sistem polis peringkat tersebut dikatakan lemah.Berikutan itu satu pasukan polis yang baru telah ditubuhkan dalam tahun 1906.Pasukan tersebut bermula dengan 12 anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan di sekitar Kuala Terengganu.Mereka juga diperintah membuat tugas-tugas mahkamah.Dalam tahun 1925, beberapa rancangan telah dibuat untuk memajukan sistem perkhidmatan polis Terengganu.Peruntukan sebanyak $96 ribu telah diberi untuk tujuan tersebut.Jumlah anggota polis juga meningkat kepada 230 orang pada akhir tahun itu.Nisbahnya ialah seorang anggota polis bagi tiap-tiap 739 penduduk. Dalam tempoh yang sama jumlah penduduk Kuala Terengganu ialah 165 ribu orang.  Dengan berkuatkuasanya Enakmen Pasukan Polis 1343, pada hari ini dalam tahun 1925, perkhidmatan polis di Terengganu menjadi semakin berkesan di samping dapat menarik lebih ramai pemuda-pemuda tempatan untuk berkhidmat dalam pasukan polis.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768