Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

FORUM EKONOMI KEBANGSAAN 1996 DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 1996, Forum Ekonomi Kebangsaan 1996 yang diadakan di Kuala Lumpur dirasmikan dengan jayanya oleh YAB Perdana Menteri. Forum ini diadakan bertujuan mendapatkan buah fikiran dari kalangan para peserta untuk mencari jalan bagi mengatasi defisit imbangan bayaran di negara ini.  Forum ini disertai oleh 250 orang, terdiri daripada ahli-ahli ekonomi, pakar kewangan, akademik dan penyelidik. Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menggesa syarikat-syarikat di negara ini mencari jalan untuk mengurangkan kos bagi perkhidmatan dan barangan yang dikeluarkan serta mengenalpasti peluang-peluang dan berusaha untuk menempatkan produk-produk keluaran Malaysia di pasaran luar negara.  Tambahnya, pendekatan yang inovatif perlu dilakukan bagi mengatasi masalah defisit imbangan bayaran di negara ini.  Dengan adanya forum ini, ia menjadi pemangkin ke arah pertumbuhan sektor pengeluaran dalam usaha menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang 2020.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman/ Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768