Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Frim Temui Kaedah Baru Hasilkan Bahan Pembakar

Pada hari ini dalam tahun 1989, FRIM telah menemui kaedah baru untuk menghasilkan bahan pembakar dengan menggunakan kayu buangan untuk dijadikan gas bagi penjanaan kuasa elektrik dan kenderaan bermotor. Penemuan kaedah baru tersebut telah dimaklumkan kepada wartawan oleh pegawai penyelidik FRIM, Encik Hoi Why Kong di Ibu pejabat FRIM, Kepong, Selangor. Penghasilan gas daripada bahan kayu buangan itu mampu menjanakan kuasa yang sama dengan bahan pembakar biasa, malah ianya mempunyai kelebihan kerana bahan-bahan tersebut begitu murah dan mudah didapati. Hasil penyelidikan daripada sebuah reaktor setinggi 85 sentimeter dengan ukur lilit seluas 20 sentimeter, ianya boleh menghasilkan sebanyak 30 kilowatt dengan menggunakan 3 kg kayu dan jika digunakan selama 12 jam ia memerlukan sebanyak 36 kilogram kayu untuk jangkamasa tersebut, serta boleh memberikan kuasa elektrik kepada 15 buah rumah dengan penggunaan pada kadar biasa.  Penjanaan bahan pembakar gas daripada kayu itu mempunyai beberapa komponen penting iaitu:-

  • sebuah reaktor yang diperbuat daripada besi yang berfungsi untuk menghasilkan gas dan didalamnya mempunyai bahan pembakar untuk membakar kayu-kayu tersebut bagi menghasilkan gas.
  • di tahap kedua komponen tersebut mempunyai alat penyejuk untuk memastikan gas yang dikeluarkan berada dalam keadaan bersih

FRIM memperolehi teknologi berkenaan melalui kerjasama dengan Kerajaan Jerman, sebagai jalan terbaru untuk membanyakkan sumber tenaga tanpa mengharapkan sesuatu bahan tertentu sahaja. Sesungguhnya berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, membuktikan bahawa teknologi tersebut dapat dikendalikan secara mudah dan tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk mengendalikannya.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768