Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

HARI BELIA DAN BULAN BUDAYA DILANCAR

Pada hari ini dalam tahun 1986, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Hari Belia dan Bulan Budaya Sedunia bertempat di Stadium Raja Muda, Kuala Lumpur.  Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyetakan, belia perlu membuat persediaan yang cukup untuk mengambil alih tugas mentadbir dan memajukan Negara.  Para belia seharusnya berusaha membentuk satu keperibadian bangsa Malaysia yang kukuh bagi menghadapi segala cabaran dalam pembangunan Negara dan tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir luar yang boleh merosakkan nilai-nilai murni rakyat Malaysia. Sesungguhnya, belia sebagai pewaris masa depan Negara mempunyai tugas penting dalam memastikan perpaduan yang sedia terbina, dipelihara dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai aspirasi yang tinggi bagi memenuhi matlamat Wawasan 2020.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768