Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Harun Aminurrashid Meninggal Dunia

Pada hari ini dalam tahun 1986, penulis dan nasionalis Melayu sejak zaman 30-an, Haji Harun Aminurrashid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Harun, 79 tahun telah meninggal dunia di rumahnya di Singapura. Allahyarham yang dilahirkan di Singapura telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim pada tahun 1924. Setelah menamatkan pengajian, Allahyarham terus berkhidmat di Maktab tersebut hingga tahun 1938. Seterusnya beliau telah ditukarkan ke Brunei sehingga tahun 1949, kerana didakwa oleh penjajah British cuba menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk tempatan. Allahyarham banyak menulis buku dan novel yang menggambarkan semangat nasionalis Melayu dan meggunakan nama-nama samaran seperti Atma Jiwa, Gustam Negara dan Har. Allahyarham juga pernah dianugerahkan sijil kepujian oleh "Penerbit Dictionary Of International Biography" kerana sumbangannya yang cemerlang sebagai novelis sejarah Melayu yang prolifik. Pemergian beliau juga telah disifatkan sebagai satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti. Perjuangannya telah memberikan kesedaran yang tinggi terhadap semangat kebangsaan melalui penulisannya.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768