Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

DR. RAZALLI, PAKAR JANTUNG MENINGGAL DUNIA

Pada hari ini dalam tahun 1987, Ketua Pakar Bedah di Unit Rawatan Intensif Jantung, Hospital Universiti Dr. Razalli Hashim telah meninggal dunia dalam usia 40 tahun.  Allahyarham meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana sakit barah paru-paru meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.  Jenazah Allahyarham dibawa ke Kulim untuk dikebumikan.  Allahyarham mula berkhidmat di Hospital Universiti dalam tahun 1977 apabila dilantik menjadi Pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Malaya telah memberi sumbangan yang besar kepada bidang pembedahan jantung di negara ini khususnya di Hospital Univerisiti.  Allahyarham telah mengambil daya usaha penting menubuhkan Unit Anesthetik Jantung dan Unit Jantung Bebas di Hospital Universiti bagi menampung kos-kos penyakit jantung.  Hasil seterusnya pada 16 Jun 1984 Unit Rawatan Intensif Jantung telah ditubuhkan dan ianya merupakan satu unit rawatan jantung termoden di rantau Asia Tenggara.  Apabila unit ini telah ditubuhkan semula itu, Allahyarham mengetuai satu pasukan pakar bedah jantung telah berjaya melakukan pembedahan jantung ke atas seorang kanak-kanak berusia 8 tahun.  Setahun kemudian iaitu dalam bulan Jun 1985 Allahyarham dan pasukannya sekali lagi berjaya melakukan pembedahan ke atas seorang bayi berusia sebulan.  Sesungguhnya pemergian Allahyarham yang agak terlalu awal pada hari dalam tahun 1987 itu merupakan satu kehilangan besar dalam bidang perubatan sakit jantung di negara ini


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768