Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR DI SEKOLAH KEBANGSAAN HISAMUDDIN, JALAN MAHAMERU

Pada hari ini dalam tahun 1987, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Haji Abu Hassan Haji Omar telah merasmikan Program Sekolah Angkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Sekolah Kebangsaan Hisamuddin, Jalan Mahameru.  Program ini dilancarkan untuk membantu sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid dan keluarga miskin dan bangunannya yang serba kekurangan dalam aspek kelengkapan dan fizikal.  Matlamat akhir program ini bukan setakat untuk melengkapkan sekolah dengan keperluan fizikal semata-mata tetapi supaya pencapaian pembelajaran murid-murid akan meningkat dan maju.  Program ini juga bertujuan membantu Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kerja Raya dalam meningkatkan kebersihan, penyelenggaraan dan pengindahan sekolah tersebut.  Dato’ Haji Abu Hassan juga mengumumkan pemilihan 12 buah sekolah berdasarkan kepada kedudukannya di tiap-tiap kawasan Parlimen dan jalan-jalan utama.  Beliau juga berkata program dan ini adalah untuk kebajikan dan kejayaan pelajar-pelajar, bukan sahaja di sekolah-sekolah yang terpilih tetapi juga di sekolah-sekolah lain di Kuala Lumpur.  Jika program ini berjaya, program ini akan dilaksanakan di sekolah-sekolah lain supaya setiap orang atau setiap sekolah mendapat manfaatnya.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768