Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Inggeris Mengambil Pulau Pinang

Pada hari ini dalam tahun 1786, Francis Light, bekas seorang pegawai Tentera Laut Inggeris yang kemudian bertugas dengan Syarikat Hindia Timur telah mengambil Pulau Pinang. Tindakan Francis Light dan rombongannya ini telah menjadi satu kelegaan dan rahmat kepada Syarikat Hindia Timur dalam usahanya untuk mendapatkan sebuah penempatan dan pelabuhan perdagangan dan pangkalan perang yang sesuai di rantau ini dalam matlamatnya untuk mengawal jalan laut di kawasan Asia Tenggara. Sultan Abdullah iaitu Sultan Kedah yang berhak ke atas Pulau Pinang telah memberi keizinan baginda kepada Light ini dengan syarat bahawa tentera-tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris hendaklah memberi bantuan senjata dan menentang kuasa lain yang hendak menyerang negeri Kedah. Tanpa mendapat perakuan daripada Ibu Pejabat Syarikat Hindia Timur di India, Light telah berjanji dan memberi pengakuan bahawa askar-askar Syarikat Hindia Timur akan menolong baginda Sultan Kedah mempertahankan kedaulatan takhtanya. Bagaimanapun apabila negeri Kedah diserang, Light tidak menepati janji dan pengakuannya itu. Sikap curang dan tidak jujur Light ini telah memurkakan Sultan Kedah. Pada tahun 1791 tentera Sultan Kedah telah cuba menyerang pasukan tentera Syarikat Hindia Timur di Pulau Pinang dalam usaha baginda menghalau keluar Francis Light dan Inggeris daripada menduduki pulau itu. Malangnya usaha baginda gagal malahan tentera-tentera negeri Kedah telah tewas. Akhirnya dengan usaha tipu helah, Francis Light telah berjaya mengesahkan hakmilik Inggeris ke atas Pulau Pinang dalam satu perjanjian perdamaian di antara Sultan Kedah dengan beliau pada tahun 1791 apabila tentera negeri Kedah kalah dalam satu lagi percubaan untuk menghalau penjajah Inggeris dari Pulau Pinang.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768