Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
ISTIADAT PEMBERIAN NAMA KAPAL TERBANG
Pada hari ini dalam tahun 1959, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, memberi nama kepada tiga buah kapal terbang baharu milik Angkatan Udara DiRaja Malaya, Kuala Lumpur. Upacara pemberian nama ini turut dihadiri Menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan. Kapal terbang yang berharga RM1 juta setiap satu ini merupakan hadiah daripada Kerajaan British kepada Angkatan Udara DiRaja Malaya. Kapal terbang jenis Pioneer dua jentera, diberi nama Lang Sewah manakala dua buah kapal terbang jenis Preswick Pioneer diberi nama Burung Pipit dan Burung Layang. Kapal terbang ini akan digunakan dalam menentang pergerakan pengganas komunis dan menghantar bekalan kepada pusat-pusat gerakan yang mengelola hal-hal berkaitan dengan masyarakat orang asli. Kapal terbang ini juga berfungsi sebagai alat perhubungan dalam setengah-setengah bahagian dalam Negara ini yang tidak mempunyai alat perhubungan. Dengan adanya kapal terbang ini, Angkatan Udara DiRaja Malaya dapat meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatannya kepada Negara dan rakyat di Negara ini.
Skrip: Aliza Minai Rajab/ Arkib Negara Malaysia