Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

ISTIADAT PERTABALAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG KE 11

Pada hari ini dalam tahun 1999, Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia Ke 11.  Istiadat melafaz ikrar dan menandatangani sumpah jawatan telah berlangsung di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.  Diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar Temasha, baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang pada 1934. Baginda melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya di School of Oriental and African Studies Universiti, London. Selain keramahan dan sikap terbuka baginda yang disenangi oleh rakyat, pertabalan ini menjadi kebanggaan khususnya kepada rakyat negeri Selangor dimana tampuk pemerintahan negara diterajui oleh DYMM Sultan Selangor buat kali kedua dalam tempoh 39 tahun selepas kemangkatan Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah pada tahun 1960.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768