Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Jawatankuasa Khas Istilah Perubatan Dibentuk

Pada hari ini dalam tahun 1960, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat telah membentuk sebuah jawatankuasa khas menterjemahkan istilah-istilah perubatan kepada bahasa kebangsaan. Pengumuman pembentukan jawatankuasa tersebut telah dibuat oleh Menteri Kesihatan,YB Dato Ong Yoke Lin.  Pembentukan jawatankuasa ini adalah sebagai satu langkah bersesuaian dengan dasar kerajaan untuk memajukan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap bentuk kehidupan rakyat di negara ini. Jawatankuasa khas ini diketuai oleh Dr. Haji Mohamad bin Ibrahim iaitu Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan (Kesihatan) dan akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa menterjemahkan istilah-istilah tersebut. Beliau menggalakkan para doktor, jururawat dan semua kakitangan hospital supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam menjalankan tugas mereka. Dengan penubuhan Jawatankuasa khas ini, menunjukkan satu langkah tegas Kementerian Kesihatan khasnya untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam tugas-tugas harian.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768