Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

JENAZAH ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR DIBAWA PULANG DARI LONDON

Pada hari ini 18.07.1895, jenazah Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Ibrahim telah dibawa pulang dari London, England. Baginda mangkat pada 4 Jun 1895, jam 8.30 malam. Jenazah Almarhum telah dibawa pulang dengan kapal dari syarikat perkapalan P & 0 yang bernama Bombay. Pada 28 Ogos 1895, jenazah Almarhum tiba di pelabuhan Pulau Pinang yang kemudiannya dipindahkan ke sebuah kapal perang Inggeris, H.M.S Mercury menuju ke Singapura. Setelah sampai di Singapura pada 30 Ogos 1895, jenazah tersebut telah dibawa ke Johor Bahru dan disemayamkan di Istana Besar Johor Bahru. Pada 7 September 1895, jenazah Almarhum Sultan Abu Bakar dimakamkan di permakaman Diraja Johor, Makam Mahmudiah Johor Bharu, Johor. Almarhum Sultan Abu Bakar terkenal sebagai Bapa Johor Moden dan telah ditabal menjadi Sultan Johor pada 29 Julai 1886. Sebelum ini baginda digelar sebagai Maharaja Abu Bakar. Sepanjang pemerintahan baginda banyak pembaharuan dan pembangunan dibuat di negeri Johor. Di samping itu kecekapan pentadbiran baginda telah menggagalkan rancangan Inggeris untuk menarik negeri Johor ke dalam pentadbiran Sistem Residen. Kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar ini telah tersebar luas di benua Eropah dan England. Almarhum Sultan Abu Bakar telah diganti oleh Putera Mahkota Tengku Ibrahim menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Johor bergelar Sultan Ibrahim


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768