Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Kawasan Larkin Ditukar Nama Kepada 'Kampong Datuk Onn'

Pada hari ini dalam tahun 1976,  Menteri Besar Johor, Tan Sri Haji Osman Saat telah mengisytiharkan kawasan Larkin di Johor Bharuditukarkan namanya kepada ’Kampong Datuk Onn’. Pengisytiharan itu telah dibuat semasa beliau berucap di upacara perasmian Balai Raya di Jalan Sentosa di kawasan tersebut yang berharga lebih $57 ribu.  Turut hadir di upacara yang gilang gemilang ini ialah Datin Hajah Halimah Hussein iaitu isteri kepada Allahyarham Datuk Onn; Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn;  pegawai-pegawai kerajaan; dan penduduk-penduduk di sekitar kawasan itu.  Dalam ucapan perasmiannya,  Tan Sri Haji Osman berkata penggunaan nama Larkin patut dihentikan kerana nama tersebut tidak diketahui asal usul dan maknanya.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Datin Hajah Halimah kerana memberikan kebenaran menggunakan nama Datuk Onn bagi kawasan itu.  Kawasan yang baru ditukarkan nama ini merupakan sebuah kawasan perumahan dan perindustrian yang giat membangun serta terkenal di negeri Johor.  Di antara kawasan perumahan itu termasuklah Rumah-rumah Rakyat Rancangan Kerajaan Negeri di Larkin Jaya, Perumahan Taman Larkin, Kampong Kastam, Larkin Lama dan Larkin   ‘Housing and Trust’.  Sesungguhnya pengisytiharan penukaran nama kawasan Larkin kepada ‘Kampong Datuk Onn’ pada hari ini dalam tahun 1976 telah mengingatkan kembali masyarakat hari ini kepada pejuang-pejuang tanah air yang telah berjasa dan terkenal di negara ini.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768