Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KEJOHANAN OLAHRAGA MALAYSIA YANG PERTAMA DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 1964, Kejohanan Olahraga Malaysia yang pertama telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail di Seremban, Negeri Sembilan. Kejohanan diadakan bertujuan memupuk semangat perpaduan, kerjasama serta membentuk peribadi yang sihat dalam kalangan peserta selain menyungkil bakat-bakat baru atlet-atlet negara sebagai persiapan untuk Sukan Olimpik yang akan diadakan di Jepun pada bulan Oktober 1964. Dalam titah pembukaan, Baginda menegaskan bahawa kejayaan menganjurkan kejohanan buat kali pertama ini merupakan satu lambang kecemerlangan dan kemajuan sukan negara. Kejohanan olahraga ini berjaya menyenaraikan 13 orang peserta yang cemerlang dan mencipta beberapa rekod baru dalam acara masing-masing untuk mengikuti latihan bagi mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik di Jepun. Bertitik tolak dari kejohanan ini, bidang sukan di negara ini terus menyerlah dan menyinari pentas sukan negara dan juga di persada antarabangsa.

 

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768