Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MAJLISAGAMA ISLAM KELANTAN BERSETUJU MENERIMA BANTUAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Pada hari ini pada tahun 1961, Majlis Agama Islam Kelantan bersetuju menerima syarat-syarat Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan bantuan bagi sekolah-sekolah kepunyaannya.Antara syarat-syarat yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran termasuklah tidak membenarkan aktiviti politik dijalankan di sekolah dan juga menerima sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.Di samping itu Kementerian Pelajaran juga meminta pihak yang bertanggungjawab terhadap sekolah-sekolah tersebut mengadakan jadual kedatangan murid-murid, jadual waktu pelajaran yang sempurna dan hendaklah menyampaikan penyata bulanan sekolah tidak lewat daripada 10 hari tiap-tiap akhir bulan masehi. .Kementerian Pelajaran telah menetapkan bahawa pihak sekolah yang memberi gaji dengan peraturan tanggagaji hendaklah memperuntukkan sebanyak 35% dari bantuan wang yang diberi dan 70% hendaklah dibahagikan kepada guru-guru tidak berperaturan tangga gaji dengan sama rata. Selebihnya hendaklah digunakan bagi kepentingan dan kemajuan sekolah.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768