Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KEMANGKATAN DYMM SULTAN KEDAH

Pada hari ini dalam tahun 1958, DYMM Sultan Kedah, Tuanku Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, mangkat di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. Baginda dikejarkan ke hospital setelah diserang penyakit jantung ketika Baginda sedang berehat setelah penat bermain tenis. DYMM Tuanku Badlishah diputerakan pada 17 Mac 1894 dan mewarisi takhta kerajaan pada 1943 setelah kemangkatan ayahandanya, Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Baginda Tuanku Badlishah merupakan Sultan Negeri Kedah yang ke 26 dan memerintah Negeri Kedah selama 15 tahun. Baginda yang berusia 64 tahun, merupakan kekanda kepada Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Selepas kemangkatan Baginda, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, ditabalkan sebagai Sultan Kedah yang baru.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768