Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Kemangkatan Sultan Idris

Pada hari ini dalam tahun 1916, Sultan Idris Marshidu Al-Azam Shah Ibni Almarhum Bendahara Shah, Sultan Perak ke-28 yang memerintah Kerajaan Perak Darul Ridzuan dari tahun 1887 hingga 1916 telah kembali ke rahmatullah. Sultan Idris merupakan seorang Sultan yang adil dan disayangi oleh rakyat. Seorang pentadbir yang bijak dan berkaliber serta merupakan seorang tokoh yang berjaya di zamannya. Sultan Idris telah dilahirkan di Kampung Kuala Keboi, Kampar, Perak pada 19 Jun 1849. Dalam bulan Julai 1875, Raja Idris telah dilantik menjadi Hakim oleh Sultan Abdullah dan akhirnya menjadi Hakim Besar (satu-satunya jawatan yang julung kali dijawat oleh seseorang berbangsa Melayu). Pada bulan Mac 1876, baginda telah dilantik menjadi Hakim di dalam perbicaraan terhadap Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad di Bandar Bharu atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak. Hukuman buang negeri ke Pulau Seychelles ke atas Sultan Abdullah hampir-hampir melenyapkan keturunan untuk mewarisi takhta Kerajaan Perak yang hanya tinggal Raja Yusuf dan Raja Idris. Akhirnya Raja Yusuf telah dilantik menjadi Sultan Perak sementara Raja Idris menjadi Raja Bendahara yang juga berhak mewarisi takhta. Pada tahun 1886, Raja Idris telah ditabal menjadi Raja Muda Perak setelah mendapat undi sebulat suara di Majlis Mesyuarat Negeri. Akhirnya pada 26  Julai 1887 ketika berumur 38 tahun Raja Idris diisytiharkan menjadi Sultan Perak menggantikan Sultan Yusuf ayahanda mertuanya. Banyak perkara dan kemajuan-kemajuan tercapai di negeri Perak berlaku semasa pemerintah baginda di antaranya:-

  • Lagu Kebangsaan Perak diperkenalkan
  • Mendirikan Istana di Bukit Chandan
  • Pembukaan Jalan kereta api yang pertama dari Taiping ke Port Weld iaitu sejauh 8 batu.

Kemangkatan Sultan Idris Mershidu Al-Azam Shah Ibni Almarhum Bendahara Shah, Sultan Perak pada hari ini dalam tahun 1916 adalah merupakan kehilangan seorang negarawan dan seorang sultan yang telah berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat, bangsa dan negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768