Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KEMBALINYA HAMZAH DOLMAT KE RAHMATULLAH

Pada hari ini dalam tahun 1987, penggesek biola tersohor negara, Hamzah Dolmat, meninggal dunia dalam usia 64 tahun setelah mengalami sesak nafas semasa mengiringi persembahan pementasan bangsawan di Panggung Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur. Allahyarham terkenal dengan gesekan biolanya yang memukau ribuan penonton sehingga diberi gelaran “Papa Blues” oleh pemuzik muda. Selain pemuzik, Allahyarham turut diangkat sebagai duta budaya ketika mengadakan persembahan lagu-lagu asli di luar Negara. Allahyarham pernah membuat persembahan untuk askar-askar negara yang bertugas di Congo pada 1963. Antara album yang pernah dirakamkan oleh Allahyarham ialah ‘Berdendang Rama Dengan Hamzah Dolmat’. Allahyarham pernah menjayakan sebuah filem bertajuk “Mahsuri-Puteri Langkawi” yang turut dibantu oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Allahyarham sempat merakamkan 250 buah lagu Melayu asli dan lagu-lagu ini diabadikan di perpustakaan Universiti Malaya. Kembalinya Hamzah Dolmat ke rahmatullah, memadamkan kerlipan sebutir bintang dilangit dunia muzik asli Melayu yang sukar dicari ganti.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768