Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA DAN LUAR BANDAR DIWUJUDKAN SEMULA

Pada hari ini dalam tahun 1981, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengumumkan pewujudan semula Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Kementerian ini pada awalnya telah ditubuhkan 7 Nov 1959. Objektif penubuhannya adalah untuk melaksanakan rancangan kemajuan luar bandar kebangsaan yang memberi penekanan  khas kepada pembangunan luar bandar, berusaha menghapuskan jurang perbezaan ekonomi antara masyarakat desa dan bandar dan memberi peluang dan kemudahan kepada masyarakat luar bandar dalam memajukan diri. Namun pada Oktober 1990, KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Sehubungan itu beberapa agensi seperti Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) diletakkan di bawah KPLB. Pada 27 Mac  2004, KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan  agensi Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) diletakkan di bawah KKLW.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768