Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Kepenggunaan Kayu Getah

Pada hari ini dalam tahun 1975, Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI), Tuan Haji Ani Arope telah mengumumkan mengenai cadangan RRI untuk menghasilkan kertas dari kayu getah.Pengumuman mengenai cadangan ini adalah merupakan antara kesedaran awal pihak-pihak yang berkenaan untuk mempelbagaikan kepenggunaan bahan-bahan dari pokok getah.Getah merupakan salah satu daripada bahan eksport utama negara dan hingga kini terus memainkan peranan penting di dalam ekonomi Malaysia khususnya di segi penggunaan tanah, pendapatan eksport, gunatenaga dan pendapatan bagi segolongan besar penduduk di negara ini. Meskipun cadangan untuk menghasilkan kertas dari kayu getah ini belum menjadi kenyataan, namun kepenggunaan bahan-bahan dari kayu getah untuk barangan lain telah dapat dihasilkan dan dijadikan eksport negara. Melalui penyelidikan yang dibuat oleh agensi-agensi yang berhubung dengan industri getah khususnya Institut Penyelidikan Perhutanan dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, mereka telah dapat menghasilkan perabot-perabot yang dibuat dari kayu getah. Perabot-perabot ini sangat diminati terutama di negara-negara Eropah dan Jepun.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768