Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KEPULANGAN PELAYAR SOLO MENGELILINGI DUNIA DIRAI

Pada hari ini dalam tahun 1999, Datuk Azhar Mansor selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan  disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Datuk Azhar Mansor mencatatkan rekod menjadi rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo selepas 190 hari meredah ombak di lautan luas dengan kapal layarnya, Jalur Gemilang. Bagi menamatkan pelayaran ini, Datuk Azhar telah menempuh lima lautan, empat benua serta lima tanjung paling selatan bagi memenuhi syarat Majlis Rekod Kelajuan Pelayaran Sedunia (WSSRC). Berikutan kejayaan ini, beliau layak menyertai ‘Cape Horner Club’, sebuah pelayaran elit bertaraf antarabangsa yang hanya dianggotai oleh pelayar yang berjaya melepasi Cape Horn.  Keberanian dan keperwiraan Datuk Azhar Mansor sesungguhnya merupakan kegemilangan yang boleh diikuti dan dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768