Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Keputusan Pembentukkan Kementerian Penerangan Dan Siaran Radio

Pada hari ini dalam tahun 1961, satu keputusan telah dicapai bagi membentuk satu lagi kementerian baru yang dikenali sebagai Kementerian Penerangan dan Siaran Radio. Keputusan membentuk  kementerian baru itu dicapai dalam satu mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan yang dipengerusikan oleh YTM Tengku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Mengikut keputusan tersebut, Jabatan-jabatan Siaran Radio dan Penerangan yang disatukan itu akan diletakkan di bawah kementerian baru dan diletakkan di bawah kuasa Perdana Menteri secara langsung. Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak 4.4 juta ringgit bagi jabatan-jabatan Siaran Radio dan Penerangan. Keputusan membentuk satu kementerian baru yang mencantumkan Jabatan-jabatan Penerangan dan Siaran Radio itu diharapkan akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan juga negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768