Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KETUA NEGARA ASING YANG PERTAMA MELAWAT PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1958, Presiden India, Dr. Rajendra Prasad membuat lawatan rasmi ke Tanah Melayu. Beliau merupakan Ketua Negara Asing yang pertama melawat negara ini setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ketibaan Presiden India untuk lawatan selama tiga hari itu diberi sambutan meriah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Sultan Selangor, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan lain-lain pembesar negara.  Dr. Rajendra Prasad, merupakan seorang ahli politik, pendidik dan pembentuk masyarakat India sebelum beliau dilantik menjadi Presiden negara itu. Sebagai pencinta keamanan, beliau datang dengan huluran tangan persaudaraan, kasih sayang dan persahabatan ikhlas, untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara. Lawatan Presiden India ini juga merupakan satu penghormatan kepada Tanah Melayu dan memperakukan kedudukan negara ini sebagai negara yang merdeka dan berdaulat.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768