Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Kongres Kerjasama Malaysia Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1966, Kongres Kerjasama Malaysia yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kongres itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kongres yang pertama kali diadakan sejak penubuhan syarikat kerjasama dalam tahun 1922 ini, bertujuan untuk menyatukan syarikat-syarikat kerjasama bandar dan luar bandar yang selama ini terpisah. Antara lain kongres tersebut mencadangkan penubuhan bank kerjasama dan pembentukan sebuah suruhanjaya untuk mengawasi perjalanan syarikat-syarikat kerjasama. Perdana Menteri sewaktu berucap merasmikan kongres ini menjelaskan satu-satunya cara untuk meninggikan kedudukan ekonomi bumiputera ialah melalui gerakan kerjasama. Selain dari itu, Perdana Menteri juga menyambut baik cadangan untuk menubuhkan ‘Persatuan Kerjasama Kebangsaan’ iaitu gabungan lebih 3,000 buah syarikat kerjasama yang terdapat di negara ini. Dengan wujudnya gabungan ini, syarikat kerjasama di bandar dan juga luar bandar dapat saling bekerjasama dalam mengembangkan lagi ekonomi negara. Dengan berlangsungnya kongres pertama itu, pada hari ini dalam tahun 1966, maka usaha-usaha ke arah menyatukan gerakan koperasi di negara ini akan dapat dilaksanakan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768