Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SELURUH MALAYSIA KALI PERTAMA

Pada hari ini dalam tahun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia telah mengadakan Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama. Kongres yang berlangsung selama dua hari ini diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan titah perasmian yang menyentuh mengenai peranan dan kuasa Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam yang perlu diberi penjelasan semula bagi memastikan pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna.  Titah Baginda lagi, sistem perundangan dan pengurusan zakat yang mempunyai kaitan dengan kedudukan ekonomi umat Islam perlu diberi perhatian yang serius. Program julung kali diadakan ini merupakan usaha ke arah menyemarakkan fungsi dan peranan Majlis Agama Islam Negeri-negeri serta membincangkan strategi dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh Majlis untuk pembangunan ummah dari aspek pendidikan, ekonomi dan perundangan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768