Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KONGRES SUKAN KEBANGSAAN DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 1987, Kongres Sukan Kebangsaan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghaffar bin Baba di Institut Pengurusan Pendidikan Negara, Sri Layang, Genting Highlands, Pahang.  Dalam ucapan perasmiannya, Encik Abdul Ghaffar menyatakan, Kerajaan bercadang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pelancongan melalui penganjuran kejohanan sukan di peringkat antarabangsa. Bagi tujuan itu, kerajaan akan memperhebatkan usaha ke arah menambah bilangan atlet antaranya memberi galakan kepada mahasiswa-mahasiswa untuk menceburi bidang sukan. Tambahnya, sudah sampai masanya golongan cerdik pandai di Negara ini, menyumbang bakti mereka bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut bergiat cergas dalam lapangan sukan yang semakin mencabar. Bidang sukan tidak lagi dianggap sebagai memenuhi masa lapang tetapi menjadi satu kerjaya yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan dapat mengharumkan nama Negara. Penyertaan aktif para mahasiswa ini dapat membuka era baru dalam bidang profesional kesukanan dan akademik.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768