Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KONTENA NASIONAL DITUBUHKAN

Pada hari ini dalam tahun 1971, Kontena Nasional Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat usahasama antara Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Majlis Amanan Rakyat (MARA) dan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) telah ditubuhkan.  Penubuhannya membuka setapak lagi usaha menggalakkan penyertaan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan ini.  Kontena Nasional telah memulakan operasinya pada  1 Disember 1971 dan berpangkalan di Pelabuhan Kelang.  Pada 13 Februari 1973 berdasarkan rekod perkhidmatan yang baik dan berkesan, kerajaan telah melantik Kontena Nasional sebagai penghantar rasmi bagi Kerajaan Malaysia.  Beberapa syarikat perkapalan dari luar negeri juga telah melantiknya sebagai agen di negara ini bagi menguruskan pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan antaranya Syarikat ‘K’ Line dari Jepun dan Dong Su dari Korea. Kecemerlangan perkhidmatannya membolehkan Kontena Nasional membuka pejabat cawangannya di London dalam tahun 1981. Pencapaian Kontena Nasional Berhad ini banyak membantu menjayakan pencapaian Dasar Ekonomi Baru Kerajaan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768