Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KONVENSYEN EKONOMI BUMIPUTERA 2008 DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 2008, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Konvensyen selama 2 hari ini, bertemakan ‘Melonjakkan Ekonomi Bumiputera’ anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan Pemuda UMNO. Dalam ucapannya Perdana Menteri menyatakan, kerajaan mengambil langkah mengimbangi jurang pembangunan bandar dan luar bandar menerusi pembangunan keupayaan, terutama dengan mengembangkan aspek modal insan dan memastikan sistem pengagihan berasaskan ekuiti secara adil dan saksama. Golongan Bumiputera perlu memanfaatkan segala peluang yang terdampar di hadapan mereka menerusi pelbagai dasar yang disediakan oleh Kerajaan, bagi menentukan masa depan yang gemilang untuk generasi hari ini dan akan datang.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768