Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Nov
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Konvokesyen Pertama Universiti Pertanian Malaysia

Pada hari ini dalam tahun 1977, Universiti Pertanian Malaysia telah mengadakan Majlis Konvokesyennya yang pertama. Serentak dengan itu, satu istiadat pengisytiharan perlantikan Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj turut diadakan. Satu upacara penyerahan cokmar universiti oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed telah diadakan di Dewan Besar Universiti tersebut. Turut diadakan ialah pengisytiharan perlantikan 2 orang Pro Canselor iaitu Tun Datu Mustapha bin Datu Harun dan Tan Sri Ong Kee Hui. Majlis konvokesyen yang pertama ini memberikan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda kepada 118 orang graduan, 479 orang dengan diploma dan seorang dengan Ijazah Lanjutan Sarjana  Pertanian. Mereka adalah graduan-graduan yang ulung dikeluarkan oleh universiti ini sejak ia ditubuhkan pada 1970. Di dalam titah ucapan baginda Sultan selaku Canselor universiti tersebut, baginda mengesyorkan supaya UPM mengadakan program-program dan kursus-kursus baru khusus untuk menghasilkan tenaga profesional bagi mengatasi sebarang masalah dalam usaha-usaha pembangunan pertanian di negara ini. Baginda juga berharap perkembangan universiti tersebut dapat menjamin perseimbangan antara pengkhususan bidang yang diadakan selaras dengan hasrat masyarakat dan negara. Sesungguhnya pengeluaran graduan-graduan dalam konvokesyen pertama pada tahun ini dalam tahun 1977, menjadi titik permulaan ke arah pengeluaran lebih ramai siswazah yang berpendidikan tinggi dan profesional supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat, bangsa dan negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768