Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN SENEGAL KE MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 2002, Presiden Senegal, Abdoulaye Wade tiba di Malaysia bagi lawatan pertamanya ke negara ini selama tiga hari. Beliau turut diiringi oleh 30 orang delegasi Senegal. Beliau diberi sambutan negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur. Abdoulaye Wade diberi penghormatan untuk memeriksa perbarisan kehormat Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja.  Dalam lawatan ini, Senegal meminta sokongan dan kerjasama Malaysia bagi membangunkan pusat pentadbiran serta lapangan terbang baru negara itu selain ingin mempelajari pendekatan negara dalam membangunkan ekenomi dari berasaskan komoditi kepada perindustrian. Senegal juga menandatangani perjanjian dengan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang bagi membangunkan pihak berkuasa pelabuhan mereka di Dakar. Menerusi lawatan ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi perhubungan yang sedia terjalin malah membuka peluang perdagangan yang lebih meluas bagi kedua-dua buah negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768