Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KUNJUNGAN RASMI PERDANA MENTERI REPUBLIK CZECH KE MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1991, Perdana Menteri Republik Czech, Dr. Marian Calfa tiba di negara ini dalam rangka lawatan selama tiga hari. Beliau diberi sambutan rasmi di Bangunan Parlimen dan memeriksa perbarisan kehormat 55 orang anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Sempena lawatan ini, Malaysia dan Republik Czech telah menandatangani perjanjian Pelupusan Separa Visa bagi membolehkan rakyat kedua-dua negara menjalin perhubungan sosial dan ekonomi yang lebih kukuh. Menurut perjanjian ini, rakyat kedua-dua negara bebas membuat lawatan dalam tempoh tiga bulan tanpa memerlukan visa. Malaysia dan Republik Czech juga akan menandatangani Perjanjian Menghapuskan Cukai Berganda dan Perjanjian Jaminan Pelaburan dalam masa terdekat. Sesungguhnya, melalui kunjungan ini telah membuka banyak ruang kerjasama dalam usaha memupuk persefahaman lebih erat bagi kedua-dua buah negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768