Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

KURSI A. SAMAD ISMAIL DILANCAR

Pada hari ini dalam tahun 2010, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, mencatat sejarah dengan melancarkan Kursi A. Samad Ismail dalam usaha mengembangkan bidang pengajian kewartawanan dan komunikasi di negara ini.  Kursi ini juga ditubuhkan bagi memartabatkan sumbangan penulisan, bidang kewartawanan Melayu dan media terhadap perjuangan mencapai kemerdekaan, pembentukan minda dan jati diri dalam kalangan rakyat negara ini. Pelancaran Kursi A. Samad Ismail ini antara yang pertama melibatkan tokoh wartawan serta pejuang yang banyak memberi sumbangan kepada pembentukan bangsa dan negara. Tan Sri Abdul Samad Ismail merupakan tokoh kewartawanan negara yang terkenal bukan hanya menyumbang kepada bidang kewartawanan malah merupakan seorang aktivis, pejuang dan intelektual. Penubuhan kursi ini adalah satu permulaan yang baik bagi mendorong ahli akademik membawa kemajuan dan pembangunan dalam dunia komunikasi dan pengajian media dalam negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768