Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
Kursus Pembangunan Masyarakat Untuk Pegawai-Pegawai Daerah Seluruh Tanah Melayu Yang Pertama
Pada hari ini dalam tahun 1966, Kursus Pembangunan Masyarakat untuk Pegawai-pegawai Daerah seluruh Tanah Melayu telah dilangsungkan di Petaling Jaya. Kursus ini merupakan yang pertama diadakan khusus untuk Pegawai-pegawai Daerah dan dihadiri oleh 16 Pegawai Daerah daripada 9 buah negeri di Tanah Melayu. Kursus selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. Dalam kursus ini, para peserta diberi ceramah oleh para pegawai daripada Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Jabatan Perdana Menteri, MARA dan lain-lain. Antara tajuk-tajuk yang disentuh dalam kursus tersebut ialah peranan jawatankuasa kemajuan kampong, peranan Pegawai Daerah dalam pembangunan dan peranan Jabatan-jabatan Kerajaan serta badan sukarela dalam usaha memajukan rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Kursus untuk Pegawai-pegawai Daerah ini yang bertujuan memberi panduan-panduan berguna dalam gerakan maju, menghurai serta memahami gagasan pembangunan masyarakat dan bertujuan merapatkan hubungan badan kerajaan dan petugasnya dengan anggota masyarakat. Dengan berlangsungnya kursus ini diharapkan para Pegawai Daerah akan dapat memanfaatkan segala ilmu tersebut untuk membangunkan daerah masing-masing.